Pernah dengar tak nama satay celup? Aku pun tak pernah rasa tapi husband selalu cerita pasal makanan nie sehingga aku tertanya dan teringin nak rasa betapa sedapnyer satay celup nie. Menurut hubby, makanan nie sangat famous di Melaka di kalangan orang-orang Cina. Tapi kebiasaannya orang China akan letak non-halal produk dalam makanan nie. Itu sebab orang Islam tak makan.
Awal plan, nak masak nie semasa balik ke Melaka. Hubby dah berangan nak makan besar dgn family dia, tapi nasib tak mengizinkan, Luffy demam pulak pada hari nak balik tu. Jadi plan nak masak satay celup di Melaka terpaksa di batalkan.
2 minggu lepas tu harijadi aku, mak aku pulak nak buat kenduri sebab nak sambut puasa katanya, walhalnyer puasa lagi sebulan :). Jadi husband kata dia nak masak satay celup masa kenduri aku tu sebab masa tu ramai orang, so baru meriah. Aku OK jer :) Memang sedap, sorrylah tak dapat share resepi sebab hubby yang masak... aku tolong makan jer. Nie ader beberapa gambar utk di kongsi berkenaan dgn satay celup nie. Tapi memang nice , yummilicous...
No comments:
Post a Comment