Saturday, January 24, 2015

Ikan Bakar Hammer Bay

Kali ini nak cerita pasal kedai ikan bakar. Kalau kat Penang area Bayan Lepas memang banyak choice. Kalau dulu aku suka pergi Telok Tempoyak, tapi sekarang dah jarang sebabkan agak jauh. Kat area tepi laut keluar dari jambatan pulau pinang pun ok juga. Malam tadi kami makan di Hammer Bay di Bayan Lepas. 3 minggu lepas aku dtg bawa family abang dan mak aku. Makanan not bad juga. Tiba2 semalam husband ajak makan kat sana. Apa yang aku suka tentang tempat ni ialah pemandangan yang cantik sewaktu menikmati makanan. Aku dtg semlm dalam pukul 6 ptg, dan cuaca masa tu baik. Dgn angin sepoi2 bahasa dan tempat yang bersih memang menambahkan selera. Lagi satu hammer bay ada tempat bersila. So org mcm aku yg ada anak kecil ni memang sesuai sgt. Kami order tomyam poktet, pari bakar, sotong goreng tepung dan kangkung. Tomyam poktet dia mmg power. Berasap!!!

Saturday, January 17, 2015

Luffy's weekly chores

Once the school starts this would be weekly chores for Luffy. Similar like me when I was small, every saturday wash the school shoes and after it dried, paint it white.

Monday, January 12, 2015

Eirian turns 1 year old.

My little is 1 year old on 10 Jan 2015. Gosh, I just feel like it was yesterday that this little boy was come out from my stomach. It was on saturday and we were at my hometown. We had a small celebration at my mum's house. He is just one year old and i dont think he will remember or appreciate if we throw a splendid party for him. Check out the pictures

Friday, January 9, 2015

Siriwan Thai Seafood restaurant

It has been years that I did not eat at this restaurant. If I recalled, the last time was during my trip back from Philiphines that I stopped for dinner. I'm not sure why suddenly my husband decided to have our dinner here tonight. It was a friday night and both of us are in a weekend mood. We can stay up late and waking up late tomorrow. That would be a bliss 😆
This restaurant specialized in thai food and of course "tomyam". They have 7 types of tomyam on the menu. However we didnt choose that. I order brocolli with prawn, cashewnut chicken, seafood otak2, squid fritter and fried crispy kangkong. All the food are yummy. I compared the price for the food are cheaper to golden triangle. I recommend this restaurant to those who love thai & spicy food. Not to forget, this restaurant doesnot served pork. It does offer alcohol on its menu.

Thursday, January 8, 2015

Luffy goes to standard1.

Last saturday 3rd jan 2015 was the orientation day for luffy. He will officially go to standard 1 once the school session of 2015 starts. The time pass super fast. He is getting big and I am getting old. As decide by my husband, he go to national school despite the pressure to enrol him to chinese school. My husband was doubtful with luffy capability to cope chinese school sylabus, homework and activity. But I think the real reason, he doesnt want to trouble and pressure his kid. He and his elder brother went to national school, whereas his younger brother and sister went to chinese school.  He saw them suffer so he said... no. Well I let him decide on this.
Luffy goes to class 1 topaz and he likes the class teacher. Is a young, beautiful chinese lady, 😆. Here are some photos I took during the day. Due to the rushing, I lefted my note4 canggih camera at home. So all the photos taken with my ex-iphone4.

Wednesday, January 7, 2015

Perginya Pak Udaku...

Setelah hampir 4 bulan bergelut dengan penyakit kanser, akhirnya pak uda ku kembali ke rahmat upah. Genap tangal 25 Dec 2014, jam 2.25, dia di jemput Ilahi. Memang teramat sedih buat keluarga ku lebih-lebih lagi anak-anaknya serta mak uda ku, tapi kami semua rela. Daripada pak uda ku menderita dengan penyakit itu, kami reda dia berehat buat selama-lamanya. Memang aku akan merindui pak uda ku itu, dan aku harap akan berjumpa lagi di alam lain. InshaAllah.
Bercerita tentang penyakitnya, pak uda telah mengalami sakit di perutnya lebih daripada setahun. Namun di gagahinya juga Dan berpendapat itu cuma sakit perut biasa. Setelah agak lama, pak uda membuat pemeriksaan di hospital manjung. Namun pemeriksaan menunjukkan tiada masalah kesihatan dengan pak uda. Kami meminta bantuan dari sepupuku, yang merupakan anak saudara pak uda juga yang berkerja sebagai doktor di hospital Ipoh. Dari pemeriksaan itu menunjukkan ada sesuatu kelainan dengan perut pak uda tetapi tidak dapat di tentu kan. Disebabkan jarak, hospital Ipoh merujuk kes itu ke hospital manjung. Buat kali ke2 hospital manjung membuat pemeriksaan dan mendapati tiada masalah dengan pak uda ku. Kami semua hairan kalau takder masalah, apsal pak uda  tu sakit??. Sekali lagi kami ke hospital Ipoh. Proses ini mengambil masa lebih kurang 4-5 bulan. Dan kami di kejutkan dengan berita pak uda menghidapi kanser usus dah ke tahap4. Sedih sungguh, kalau lah boleh kesan lebih awal, tentu tak begitu mengejutkan. Pak uda menjalani pembedahan 2 minggu selepas raya. Tapi malangnya pembedahan itu bukan untuk membuang kanser itu, cuma mengeluarkan usus pak uda untuk memudahkan proses pembuangan najis pak uda. Menurut doktor, sel kanser sudah merebak hingga ke organ dan risiko agak tinggi. Tapi aku sedih kerana benda ini tidak diberitahu awal2 kepada ahli keluarga sebelum pembedahan di jalankan. Pembedahan itu berlaku di awal bulan ogos dan tak sampai 5 bulan selepas itu, pak uda kembali di jemput ilahi. Kadang aku terfikir apakah hayat pak uda lebih lama kalau tidak menjalani pembedahan itu. 
Bercerita tentang pak uda, dia seorang ayah dan datuk yang paling baik aku pernah jumpa. Beliau sangat sayangkan keluarganya dan bekerja keras untuk membahagiakan keluarganya. Beliau seorang yang senang di dampingi dan tak banyak kerenah. Beliau seorang yang baik hati dan selalu berperisangka baik terhadap orang lain. Walaupun beliau hanya bapa saudaraku, tetapi kehilangan beliau betul2 memberi tamparan dan kesedihan kepadaku. Mungkin kerana aku membesar bersama2 beliau. Aku tak mungkin lupa apabila dia menangkap aku dan mencium2 aku dengan misai busuknya kerana aku tak mahu pergi mengaji quran semasa aku kecil. Aku pohon Allah semoga kau cucuri rahmat kepada beliau dan semoga di permudahkan segala2nya untuk beliau. Amin. Di sini aku letakkan beberapa gambar beliau untuk tatapan kenang-kenangan.