Wednesday, January 7, 2015

Perginya Pak Udaku...

Setelah hampir 4 bulan bergelut dengan penyakit kanser, akhirnya pak uda ku kembali ke rahmat upah. Genap tangal 25 Dec 2014, jam 2.25, dia di jemput Ilahi. Memang teramat sedih buat keluarga ku lebih-lebih lagi anak-anaknya serta mak uda ku, tapi kami semua rela. Daripada pak uda ku menderita dengan penyakit itu, kami reda dia berehat buat selama-lamanya. Memang aku akan merindui pak uda ku itu, dan aku harap akan berjumpa lagi di alam lain. InshaAllah.
Bercerita tentang penyakitnya, pak uda telah mengalami sakit di perutnya lebih daripada setahun. Namun di gagahinya juga Dan berpendapat itu cuma sakit perut biasa. Setelah agak lama, pak uda membuat pemeriksaan di hospital manjung. Namun pemeriksaan menunjukkan tiada masalah kesihatan dengan pak uda. Kami meminta bantuan dari sepupuku, yang merupakan anak saudara pak uda juga yang berkerja sebagai doktor di hospital Ipoh. Dari pemeriksaan itu menunjukkan ada sesuatu kelainan dengan perut pak uda tetapi tidak dapat di tentu kan. Disebabkan jarak, hospital Ipoh merujuk kes itu ke hospital manjung. Buat kali ke2 hospital manjung membuat pemeriksaan dan mendapati tiada masalah dengan pak uda ku. Kami semua hairan kalau takder masalah, apsal pak uda  tu sakit??. Sekali lagi kami ke hospital Ipoh. Proses ini mengambil masa lebih kurang 4-5 bulan. Dan kami di kejutkan dengan berita pak uda menghidapi kanser usus dah ke tahap4. Sedih sungguh, kalau lah boleh kesan lebih awal, tentu tak begitu mengejutkan. Pak uda menjalani pembedahan 2 minggu selepas raya. Tapi malangnya pembedahan itu bukan untuk membuang kanser itu, cuma mengeluarkan usus pak uda untuk memudahkan proses pembuangan najis pak uda. Menurut doktor, sel kanser sudah merebak hingga ke organ dan risiko agak tinggi. Tapi aku sedih kerana benda ini tidak diberitahu awal2 kepada ahli keluarga sebelum pembedahan di jalankan. Pembedahan itu berlaku di awal bulan ogos dan tak sampai 5 bulan selepas itu, pak uda kembali di jemput ilahi. Kadang aku terfikir apakah hayat pak uda lebih lama kalau tidak menjalani pembedahan itu. 
Bercerita tentang pak uda, dia seorang ayah dan datuk yang paling baik aku pernah jumpa. Beliau sangat sayangkan keluarganya dan bekerja keras untuk membahagiakan keluarganya. Beliau seorang yang senang di dampingi dan tak banyak kerenah. Beliau seorang yang baik hati dan selalu berperisangka baik terhadap orang lain. Walaupun beliau hanya bapa saudaraku, tetapi kehilangan beliau betul2 memberi tamparan dan kesedihan kepadaku. Mungkin kerana aku membesar bersama2 beliau. Aku tak mungkin lupa apabila dia menangkap aku dan mencium2 aku dengan misai busuknya kerana aku tak mahu pergi mengaji quran semasa aku kecil. Aku pohon Allah semoga kau cucuri rahmat kepada beliau dan semoga di permudahkan segala2nya untuk beliau. Amin. Di sini aku letakkan beberapa gambar beliau untuk tatapan kenang-kenangan.