Thursday, November 3, 2016

Entopia Penang

Entopia Penang yang dahulu merupakan Taman Rama2 di Penang telah di ubah suaikan atau kata lain "upgraded". Baru di buka pada hujung tahun lepas kalau tak salah aku. Ia merupakan salah satu tarikan di Pulau Pinang. Pada 3 minggu yang lepas aku membawa family abang aku melawat tempat ini. Sebenarnya time tu Luffy tak berapa sihat tapi sebabkan kesian kat anak2 saudara ku yang dtg dari Ipoh dan nampak bersemangat nak tengok rama2, kami pun pergi juga. Luffy pun nampak bersemangat sungguh, tak nampak mcm orang sakit langsung. Cuma bila rasa badan dia agak panas sedikit. Ini merupakan kali ke2 aku melawat Entopia, kali ni pulak rajin nak tulis dalam blog.
Harga tiket masuk biasanya rm49 untuk dewasa dan rm29 untuk kanak-kanak. Tapi masa kami pergi itu taman kepompong tutup jadi dia kasi diskaun kurang rm9 untuk dewasa dan kanak-kanak. Tapi rugi juga sebenarnya sebab taman kepompong tu cantik dengan efek pencahayaan sekali. Tak apalah di sebabkan aku masih ada simpan gambar dari lawatan aku yang pertama aku akan sertakan sekali di dalam entri blog ni.
Tentang parking, nak kata senang dapat, tak juga. Bergantung pada keadaan, kalau waktu sibuk macam weekend agak ramai pengunjung, kenalah parking di luar. Dalam 2X lawatan aku memang aku kena parking kat luar. Tak ada bayaran untuk parking.

Trademark entopia terpampang besar di luar bangunan. 
Di pintu masuk, sedikit penerangan tentang apa yang ada di dalamnya . (Map)

Sekitar kawasan kodok. Banyak jenis kodok di pampang di sini. 



Luang legar di mana mereka akan melepaskan rama-rama yang baru menetas. Tak salah aku ada 2 sessi setiap hari, pagi dan petang. Menurut jurucakap, rama2 boleh hidup selama 7 hari aje. 

Periuk kera, jarang boleh jumpa.

Sumpah-sumpah

Taman belalang/ grasshopper park. Kawasan tertutup supaya belalang-belalang tu tak boleh keluar. Kadang2 tak boleh nampak belalang2 ni, sebab diaorang kecil. Ada yang warna kuning dan hijau.



Cantiknya rama2 nie. :)

Banyak rama2 berterbangan di sini. Selain itu ada beberapa serangga (bug) yang 
jarang boleh di temui ada di sini. 


Dapat spot tak serangga2 di atas. Kalau kat luar, mungkin kita tak akan 
perasan pun kewujudan mereka. 

Ada cafe di dalam untuk sejukkan tekak. 
Tengoklah reaksi Eirian tu, happy nyer.


Di taman kepompong, taman inilah yang di tutup masa lawatan aku bersama abang. 
Rugi mereka, tempat ini memang cantik dan unik. Lain dari yang lain.





Banyak interactive tool untuk kita lebih memahami species rama2.

Eeee.... banyak sangat makhluk Allah nie. 

Rama2 yang baru keluar dari kepompong. Amazing kan?



Macam faham jer adik oii.. :)

Kat bahagian nie agak menggelikan, cerita pasal ulat, lipas, lalat dan makanan2 mereka.  Satu subject yang paling aku tak minat. Tapi bagus untuk pengetahuan. Jadi sesiapa yang berminat pasal serangga2 ni, elok lah datang tempat nie. Memang unik sebab aku tak pernah jumpa lagi tempat macam ni di Malaysia, not even in Taman Rama-Rama di Kuala Lumpur.

Najis manusia lepas makan jagung pun ada di paparkan di sini.

Secara keseluruhan aku rasa sangat puas hati melawat Taman Rama-Rama di Penang. Sangat menarik dan lain dari yang lain. Memang banyak perubahan dan peningkatan di Taman ini kalau nak dibandingkan dengan yang sebelumnya. Harga memang agak mahal sedikit tapi memang berpatutan dengan kualiti yang dipamerkan.