Friday, October 16, 2015

Kerja Baru


Pejam celik pejam celik dah 3 bulan lebih aku kerja di company baru. Cepat betul masa berlalu. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Ada pro and cons dekat company baru nie, tapi aku percaya inilah yang terbaik untuk aku buat masa ini. Dah hampir 10 tahun aku berkerja di company lama, dah masa untuk cari pengalaman baru di tempat lain. Ada kawan-kawan berpendapat aku buat keputusan yang tak bijak, tapi pada pendapat aku ini peluang aku untuk menjurus ke bidang yang aku mahu dalami dan tak kerja lebih masa. Memandangkan bilangan Luffy dan Eirian pun dah makin membesar, aku kena berikan lebih masa kepada mereka jadi pekerjaan ini lebih sesuai ku rasa. Dan kalau ada masa aku ingin menyambung pelajaran ku.. InsyaAllah.

Semasa di company lama, kerja ku banyak mcm One Stop Solution, design, verification, demo setup, characterization, qualification, datasheet, manufacturing. Tapi sekarang focus ke PCB design jer. Kalau nak ikut gaji, kat tempat baru ni tambah sikit. Tapi tang rugi nyer dekat benefit dan share... Kalau ikutkan memang rugi besar tang share tu... 1 thn boleh dpt 1 year annual income.. or even more...tapi tak apalah... reda jer. yang penting hati gembira dan tak stress sangat. Tapi ada 2 reason kenapa aku tuka kerja 1) Sebab aku tak tahan dengan boss yang tak respect aku dan demanding gila 2) Sebab aku dapat concentrate PCB design job.

Aku masih lagi keep in touch dgn ex-office mate aku. Dgr diaorg super busy.. Kalau aku masih di sana, ergh.. aku pun akan mengalami nasib yang sama. Mungkin bagi mereka, akan dapat appreaciation. Tapi bukan untuk aku, dah kerja teruk kat sana, asyik kena bambu jer, tak dpt really appreciation. Setakat belanja makan tu kalau ingat appreciation, good bye lah....

Ok kat sini saja nak include dalam post ni pasal doa semasa memulakan pekerjaan dan semasa mengakhiri pekerjaa. Amalkan dan semoga kita semua mendapat manfaat darinya. Amin.