Pada hari sabtu tu aku rasa penat sangat. Ini mungkin disebabkan banyak sangat berjalan dan main di Universal Studio. Aku bangun lambat hari sabtu tu. Hari nie tunang nak bawa aku berjalan ke Himeiji Castle, terletak di selatan Kobe. Jadi hari nie kami akan pergi ke arah yang bertentangan daripada biasa. Selepas makan tengahari kami bertolak. Tapi nasib tak menyebelahi, kami ambil bas yg salah dan kami telah tersesat. Jadi lebih kurang 2 jam dihabiskan di kawasan perkampungan Jepun. Sebenarnya Himeiji Castle tu dekat saja dengan stesen LRT, jalan pun boleh sampai. Agaknya tunang aku tak nak kasi aku berjalan sebab dia kesiankan aku, tapi mungkin hajat tak sampai. Kami sampai jugak ke Himeiji Castle pukul 4.30 ptg, tapi memang takde rezeki sebab dia buka sampai pukul 5 saja. Masa tu musim luruh, jadi pukul 5 dah nampak macam malam. Kami cuma dapat lawat kawasan taman di luar jer. Tapi aku tak terkilan sangat sebab menurut tunang aku istana tu macam Muzium... (bukan minat aku sangat)..
2) Keesokan harinya aku pergi ke bandar Kyoto yang sebelum ini merupakan ibu kota jepun. Dekat Kyoto pun ramai orang, lebih kurang macam Osaka jugak.. orang berpusu-pusu dan ramai. Tapi yang bestnya dekat Kyoto banyak rumah-rumah jenis lama yang dulu banyak dipertontonkan dalam cerita Oshien dan Rinhanikuma. Aku pergi ke Kinkakuji ("Golden Temple") tapi aku tak berminat sangat dengan bangunan tu. Yang menarik nya keadaan dan suasana di situ, sungguh tenang dan daun-daun mapel nyer berwarna kemerahan. Menurut tunang aku, kalau musim sejuk ada sakura berbunga dan salji turun. Kalau aku nak tengok semua tu aku kena tunggu lebih kurang lagi sebulan.
Selepas tu kami pergi berjalan-jalan di sekitar bandar Kyoto dan beli cenderahati untuk keluarga dan kawan di Malaysia.