Thursday, February 2, 2017

"Suprised trip" to Langkawi

Cuti Deepavali lepas husband kasi suprised trip..Dia dah bagi heads up nak bawa we all for a holiday, tapi tak kasitau ke mana. Aku terus teka dan meneka.. semua tak betul.. sampai dah boring. Stress pun ada, iyerlah nak juga rancang mana tmpt2 menarik dan apa aktiviti yang boleh buat kat situ. So sehari sebelum trip tu husband kasitau tempatnya Langkawi. Mula2 dia nak bawa pergi Gunung Jerai, tapi ramalan cuaca kasitau tak sesuai ke sana. So last minute dia buat plan pergi langkawi. Kali ni kami pergi naik ferry jer, sebab dah terlalu last minit. Ada juga check tambang kapal terbang, dalam rm400++ seorang, tak termasuk luggage charge. Total nanti dekat rm2k kat situ.jer.. so naik ferry kami time nie. Kami ambil jetty dari Kuala Kedah..sorang rm23 utk.dewasa dan rm17 utk kanak-kanak berumur 3 tahun hingga 12 tahun. Kekerapan feri.pulak setiap setengah jam. Kami naik pukul 12.30 tgh. Masa tu kaunter dah tutup dan dah buka utk.feri jam 1 petang, mujur ada beberapa seat lagi. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam setengah dan ketika itu cuaca baik dan laut tak bergelora sangat.
Di jeti Kuala Kedah, sementara tunggu feri datang. 



Sampai di Langkawi kami cari kereta sewa. Mula-mula aku nak sewa kereta best sikit, yerlah dah sekali sekala ke langkawi, tapi husband tak setuju. Pendapatnyer, percutian kali ni tak banyak mengunakan kereta, jadi tak payah habiskan duit dekat kereta. Jadi.kami sewa kereta myvi jer. 3 hari dapat RM180..oklah jatuh sehari dlm rm60. Masa ambil kereta tu check baik-baik keadaan kereta, bukan apa.. kadang2 aircond rosak, kereta tak selesa. Susah jugak bercuti dalam keadaan tak menggembirakan. Kali ni kami tinggal.di Pantai Cenang. First time aku tinggal di sini. Selalunya kami tinggal di Berjaya Resort dan pekan Kuah. Di Pantai Cenang, kami tinggal di Fave hotel. Hotel baru nampaknyer yang agak berhampiran dengan pantai cenang dan deret2 kedai di situ.


 Dah hampir 4 tahun aku tak datang Langkawi, memang banyak perubahan di area Pantai Cenang. Dah boleh katakan macam Batu Feringgi dah. Banyak kedai kedai dan tempat makan. Memang happeninglah kata orang, so next time aku datang Langkawi lagi kena duduk kat Pantai Cenang nampak gayanyer.Mula-mula sampai seperti biasa, kena isi minyak kereta. Lepas tu kena cari makan. Mula2 plan nak makan Wan Thai restoran Siam yang famous kat Langkawi. Memang setiap kali dtg Langkawi aku akan makan sini. Tapi nasib tak baik, kami sampai dalam pukul 2.35 ptg. Order terakhir di ambil jam 2.30 ptg. Budak berdua tu dah bising lapar dan hari pulak hujan. Kami makan di retoran bertentangan dengan Wan Thai, lupa plak aku nama restoran dia, tapi boleh tahan juga rasanyer.
Lepas makan kami check in hotel. Selepas rehat sebentar dan segarkan diri, kami keluar jalan. Masa tu dah pukul 4.30 ptg, jadi kami pergi "Underwater Word" yang berdekatan dengan Fave hotel, Pantai Cenang. Hujan pulak renyai2 masa tu. Dari segi binatang yang di pamerkan tak banyak perubahan berbanding dengan lawatan aku sebelum ini, rasanya dalam empat tahun lepas. Tapi kualiti ada peningkatan rasanya. Suka sangat aku tengok ikan-ikan dalam akuarium tu. Sangat cantik dan bersih akuarium, thumbs up!! Lepas tu ada new attraction di situ, "Virtual Reality" dan "tsunami simulation". Aku cuma try yang "Virtual Reality" dan mainan cermin tu. Mengikut orang jual tiket "tsunami simulator" tak sesuai untuk kanak-kanak, so tak boleh lah try. Tapi mengikut review pun ramai orang tak berpuas hati dengan "tsunami simulator", tak berbaloi dengan duit menurut kebanyakan review.
                                                             Virtual Reality, tengok 3D Dinasour.

 Lepas habis tour "Underwater World", kami shopping di Duty Free Zone masa nak keluar dari bangunan itu. Not bad juga harga coklat2 kat situ, so kalau nak shopping coklat bolehlah consider. Malam tu hari hujan renyai-renyai jadi kami tak boleh lah buat banyak outdoor aktiviti. Mula2 tu ingat nak bersiar-siar di tepi pantai, tapi dah hujan so kena batalkan aja hasrat di hati. Aku memang dah banyak kali datang Langkawi tapi tak pernah sekali pun melawat tapi pantai di Pantai Cenang. Malam tu kami makan di ShellOut di Pantai Cenang. Nie pun first time nak cuba, walhalnya orang lain dah berpuluh kali makan. Harga boleh tahan juga, tapi rasa so-so je aku rasa.
Lepas makan balik hotel rehat2kan badan, penat juga travel dalam feri tadi. Nasib memang tak baik malam tu Eirian meragam, apa yang tak kena tak tahulah. Maybe berubah tempat tidur dan dia rasa tak selesa. Sabar sajalah.
Esoknya baru big event :). Lepas breakfast, kami bergerak ke Tanjung Rhu. Hari ni nak tour Island, kami ikut Mangrove tour event. Yang ni pun merupakan pengalaman yang pertama buat aku. Kami cari boat semasa di Tanjung Rhu. Menurut blogger2 lain, kalau ambil boat dari Tanjung Rhu boleh dapat  harga murah sedikit. Memang betul, kami dapat good deal. Harga biasa untuk satu boat biasanya dalam RM400, kami dapat RM250 jer. Lagi satu aku suka sangat tengok permandangan sebelum sampai ke pelabuhan Tanjung Rhu, berbaris pokok rhu di sepanjang jalan. Rasa macam bukan di Malaysia pulak, macam kat oversea. Sangat cantik permandangannya. Sepanjang perjalanan di Mangrove tour memang terpesona dengan permandangan sekeliling, terutama masa melalui Lautan Andaman. Kat sini aku selitkan beberapa gambar. Sebab kamera cikai jer, hasilnya tak berapa menarik kalau nak dibandingkan live view. Mangrove tour mengambil masa dalam 3-4 jam, tapi memang berbaloi.






















Selepas selesai aktiviti Mangrove tour, kami ke Langkawi Wildlife Park and Bird Paradise. Kami tak bernasib baik sebab masa kami sampai tu hujan. Menurut poster kat luar tu, its open even raining cause it is a covered park. Tapi sebenarnya tak berapa enjoy sangat. Luffy suka sangat yang tempat boleh kasi burung makan tu, dah hujan burung pun takder semua cari tempat teduh. Kat sini yang best boleh kasi binatang makan, budak2 memang suka aktiviti nie, tapi bila dah basah, binatang2 tu pun dah macam takde mood jer aku tengok.
Lepas tu kami singgah di pekan Kuah untuk bershopping, takut kalau esok terkejar-kejar. Mula2 pergi Idaman Suri, tapi tak jumpa yang aku nak cari. Dan kali ni aku perasan barang2 di Idaman Suri dah tak murah dan tak cantik mcm dulu. Semua pattern2 lama jer. So pergi ke Kedai Haji Ismail Group di pekan Kuah juga. Disebabkan Eirian meragam time tu, so husband jer pergi shopping. Ehm.. berplastik2 barang dia beli. Benda2 yang aku nak pun ada.
Malam tu kami makan di tempat baru di Langkawi, husband yang survey tempat nie. UncleJai's Cafe nama kedai tu. Harga memang berpatutan, aku order soft shell crab cuma RM18 dan beef steak cuma RM22. Mana nak cari di Penang harga macam ni. Beef steak dia memang sedap dan lembut. Lagi satu kole air dia punyalah besar, saiz S tu 2 orang pun boleh share. Memang berbaloi dan yang penting sedap.
Esoknya takde aktiviti menarik, dah ler sepanjang pagi hujan tak berhenti. Kesian budak2 ni tak dapat main kat pool. Lepas breakfast dan check out, kami singgah sekejap for lunch di pekan Kuah dan ambil feri ke Kuala Kedah. Laut agak bergelora masa kami balik, mujur lah aku dan budak2 boleh tahan. Takut jugak kalau termuntah. Alhamdullilah kami naik boat jam 2.30 petang dan pukul 4.00 petang sampai di Kuala Kedah.

No comments: