Koh Lipe merupakan salah satu tempat percutian idaman aku. First time aku dengar pasal Koh Lipe masa aku lihat instagram post dari pelakon Nabila Huda. Punyalah cantik laut dia, so aku pun google pasal Koh Lipe. Rupa-rupanya pulau ni terletak tak jauh dari Pulau Langkawi dan entry point dia samada dari Pulau Langkawi atau Pak Bara di daerah Thailand. Tapi tempoh masanya sama, 90 minit perjalanan dengan speed boat atau feri. Memandangkan aku dah lama tak pergi melawat pantai yang cantik dan anak-anak pun suka main laut memang melawat Koh Lipe idea yang sangat bagus.
Jadi pada minggu lepas, kami merealisasikan idea itu. Hari Khamis lepas adalah cuti awam untuk sambutan Hari Thaipusam dan kami ambil cuti pada hari Jumaat jadi ada 4 hari cuti, kira macam cukup untuk percutian ke Koh Lipe.
|
Permandangan awal pagi di Highway, macam kat oversea
pula berkabus. |
Pada mulanya kami nak menaiki kapal terbang dari Penang ke Langkawi tetapi kami membuat tempahan agak lewat, jadi tambang menjadi agak mahal. Jadi kami terpaksa memandu ke Kuala Kedah dan menaiki feri untuk ke Langkawi. Kami bergerak awal pagi lebih kurang jam 6.30 pagi sebab hubby dah book tiket feri jam 8.45 pagi. Kami sampai di Kuala Kedah jam 7.45 pagi, parking kat depan jeti Kuala Kedah pun banyak time nie. Selalunya kami terpaksa meletakkan kereta jauh dari jeti sebab memang tempat letak kereta depan jeti penuh tapi kali ini banyak kosong. So for next trip kena dtg awal pagi kalau nak park dekat. Bukan apa, jauh nak berjalan nak ambil kereta. Tambahan lagi kalau balik dari Langkawi mesti berbondot-bondot bawa barang shopping, segala mak nenek pinggan, periuk, sudu dan coklat. Selepas letak kereta kami bersarapan dulu di restoran berhampiran jeti Kuala Kedah.
Perjalanan dengan feri dari Jeti Kuala Kedah ke Jeti Kuah Langkawi mengambil masa selama 1 jam 45 minit. Keadaan feri agak selesa, jadi perjalanan tak terlalu memenatkan atau membosankan. Masa dalam feri tu di tayangkan 1 filem tamil, agak seronok jalan ceritanya tapi yang tak best ceritanya separuh jalan. Sebab perjalanan ambil masa kurang dari tempoh filem itu iaitu 3 jam. Tak apa, akan ku google pasal cerita itu. Kami sampai di Jeti Kuah dalam 10.30 pagi. Kami makan dahulu sebelum menunggu check in time untuk kaunter Koh Lipe di buka.
|
Di Jeti Kuah, nak masuk permeriksaan immigration. |
|
Feri dia agak selesa berbanding speed boat dari Pak bara
yang aku tengok. |
Setiap hari ada 2 feri trip dari Langkawi ke Koh Lipe, iaitu jam 9.00 pagi dan 2.30 petang. Tetapi setiap penumpang di kehendaki berada di jeti 2 jam sebelum bertolak untuk urusan tiket, dokumen, briefing dan immigration. Kami sampai di Koh Lipe jam 3 petang waktu tempatan. Perbezaan masa ialah 1 jam, iaitu di Koh Lipe lewat 1 jam dari waktu Malaysia. Feri berhenti di platform dan akan ada tailboat yang akan mengambil penumpang dari platform untuk ke persisiran pantai. Dah sampai ke pantai, kena masuk sikit dalam air. Jadi kalau pakai kasut tumit tinggi atau baju yang labuh2 tu, memang akan basah ler. Masa sampai tu, kami memang terpesona dengan keindahan pantainyer. Sangat cantik.. dan lagi terpesona bila menjejaki kaki ke pantai nyer. Pasirnya putih gebu macam bedak. Nama pantai yang kami sampai tu 'Pattaya Beach".
|
Dah sampai, memang cantik |
|
Kat Platform di KohLipe menaiki long tail boat atau taxi boat. |
|
Wah cantiknya laut dia Luffy!!! |
|
Eirian memang suka sangat main pasir, sampai2 jer terus main. Masa ni
tengah tunggu ketibaan immigration. |
Mula-mula sekali kami kena lalui pemeriksaan immigration. Punyalah manual tapi kena berbaris panjang. Masa berbaris tu, Eirian dgn Luffy sibuk main pasir, apa tak nyer, pasir nya lembut memang best nak main. Di sebabkan Koh Lipe adalah national park, kita kena membayar entry fee, orang besar sebanyak 200 bath dan kanak-kanak 100 bath. Ada kaunter berdekatan dengan kaunter immigation tu, jadi memang kena bayar. Di Koh Lipe kami tinggal di 'The Noi resthouse'. Ia terletak tak jauh dari Walking Street, jadi setelah habis clear immigration kami cuma berjalan kaki saja ke tempat penginapan. Kalau malas berjalan kaki boleh je ambil teksi tut tut. Charge nya fixed 50 bath seorang. Koh Lipe merupakan sebuah pulau kecil dan nak kemana2 di dalam pulau memang tak jauh atau walking distance saja.
|
Taxi Tut Tut |
|
Pasir nya halus macam bedak. |
|
Popiah dan oyster omelette |
Terdapat 3 pantai di Koh Lipe iaitu Pattaya, Sunset dan Sunrise Beach. Kebanyakkan orang berpendapat Sunrise Beach cantik, tapi bagi aku Pattaya Beach pun cantik. Lagi pun Pattaya Beach berdekatan dengan Walking Street, so kalau nak cari makan atau apa2 benda senang. 7/11 pun ada di buka 24 hours. Dalam perjalanan menuju ke "The Noi", aku singgah tapau beli benda makan iaitu popia dan "oyster Omelette". Kedua-duanya sangat sedap... maybe sebab aku tersangat lapar dan makan apa pun jadi sedap. So lepas check in, kami bergerak nak mandi di Pattaya Beach. Waktu tu dah petang, aku malas nak mandi so aku jadi penjaga barang2 jer. One of the good thing kat "The Noi", dia sediakan free tut tut ride around the island. So tak derlah teruk kena jalan kaki. Luffy, Eirian dan hubby sangat enjoy picnic petang tu, sampai aku jeles.. tapi malang nya aku tak baju mandi. Just main2 tepi pantai sampai basah juga seluar. Lepas mandi, balik " The Noi" prepare untuk dinner. Nak cari tempat makan kat sini, takde masalah. Memang banyak tempat makan halal, kerana penduduk kat situ ramai yang muslim. Yang paling tak best kat Koh Lipe nie banyak anjing, pergi mana2 pun anjing berkeliaran. Aku rasa orang Thailand nie memang suka sangat dengan anjing, hari tu pergi Hatyai, Krabi dan Phuket pun samalah.. anjing di mana2. Malam tu kami dinner di Bung Roon Halal Food. Kami order green curry chicken, ayam goreng, kangkung goreng dan kerang sotong bakar. Memang sedap, tak tau camner depa masak. Tapi jangan terkejut, restoran nie memang nama halal, tapi beer ada di hidangkan untuk pelanggan. Mungkin untuk penarik non-muslim customer. Majority customer pun aku tengok rata2 mat Salleh, so ni business strategy aku rasa. Kalau nak harap pelanggan muslim saja mungkin pulangan tak banyak.
|
Walking Street waktu malam |
|
Kami dinner di sini |
|
|
menu kami malam tu, seafood bakar tak sampai lagi |
Lepas makan, kami pusing2 di Walking Street mencari package2 menarik untuk kami ambil untuk aktiviti esok hari. Rata2 pergi ada menyediakan package Program A dan Program B. Program A harga 550 Baht seorang dari pukul 9.30 pagi hingga pukul 3.30 petang untuk 5 tempat. Program B pula harga 650 Bath seorang dari pukul 9 pagi hingga 4 untuk 6 tempat. Lunch disediakan untuk ke dua-dua program tu. Kami ambil program A, tetapi dengan private boat. Harganya 1500 Baht dan sewa google mask set seorang 50 Baht. Makan kena bawa sendiri.
Esok pagi kami keluar awal dalam pukul 8 pagi, sebab nak pack makan tengahari. Menurut jurujual pakej yang kami beli kata kedai makan ada banyak buka pagi. Rupanya tak betul juga, rasa rugi tak breakfast kat guest house sebelum keluar, sebab sarapan memang ada di sediakan. Banyak kedai buka pukul 9 pagi. Mujurlah ada satu kedai buka awal sikit. Restoran tu di hadapan restoran Bung Roon dan menjual makanan halal juga. So kami breakfast dan bungkus makanan tengahari untuk di bawa semasa Island hoping aktiviti nanti. Tentang harga makan, memang agak mahal di sini, tapi dah bercuti takkan nak berkira kot. Lagipun inilah masa nak try masakan original Thai, dan memang sedap semuanya... plus kena tahan pedas ye.
|
Sebelum berjemur, kena apply sunblock dulu kalau tak terbakar |
|
| hangus. |
|
|
|
|
kena pakai safety jacket, takut juga |
Sampai jer di tempat travel agent tu, Mr Mee dah tunggu kami. So memang on time 9.30 kami start island hoping aktiviti. Mula-mula kami pergi ke Jabang, nak kena snorkeling di tengah laut. Masa kami pergi tu ombak agak beralun, tengok mat salleh pun terumbang ambing nak turun. So kami tengok2 sekejap jer. Memang tak turun lah.
|
Di Jabang, arus agak deras time nie. Kami berhenti sekejap. |
Seterusnya kami pergi ke Koh Him Ngam. Kat sini tempatnya tak berapa dalam. Kami turun snorkeling, memandangkan Eirian kecil lagi, jadi me dengan husband kena bergilir turun. Pada mulanya Luffy takut, tak mahu turun, mungkin sebab ini pengalaman pertama buat dia turun laut. Mujurlah Mr Mee tu sangat baik mahu bawa Luffy snorkeling. Luffy pakai life jacket dan berpaut ke pada pelampung dan Mr Mee tarik. Masa ni husband ikut dari belakang, so rasa save sikit. Husband pun pandai berenang. Aku berenang jenis takde lesen jadi hopeless :). Masa aku turun laut, Eirian menjerit-jerit nak ikut, memang kacau.
|
Luffy dah pandai snorkelling :) |
Selepas snorkeling kami berhenti untuk ambil gambar di batu hitam, memang cantik, macam batu kena polish. Menurut Mr Mee memang batu semulajadi, Wallahualam... nampak macam tipu. Menurut papan tanda tu ada cakap pasal sumpahan kalau sesiapa yang ambil batu ni, hidup tak selamat lah dan mala petaka akan menimpa diri dan orang tersayang. Aku tak delah percaya sangat tapi kat situ memang ada renjer jaga, so lebih baik jangan ambil kalau tak nak ada masalah. Semasa aktiviti Island hoping nie, kena bawa entry ticket tu. Renjer akan minta tunjuk, kalau takder, kena beli lagi sekali ok. Selepas itu kami ke Koh Yang, snorkling lagi.
|
Batu nya cantik mcm kena polished. |
Lepas tu kami ke Koh Rawi, yang nie ada pantai cantik. Permandangannya memang menakjubkan. Koh Rawi nie tiada penduduk lagi jadi pulau nie masih lagi terpelihara. So kebanyakan peserta2 aktiviti Island hoping hari tu akan berhenti makan tengahari di situ. Kat sana kami bersantai agak lama. Eirian dan Luffy sangat enjoy bermain air dan pasir di situ. Semalam husband pula ada beli sand toy, memang sesuai sangat dengan aktiviti tepi pantai. Kami makan lunch di Koh Rawi dan habiskan masa bersantai di pantai agak lama.
|
Koh Rawi |
|
Clear water mcm swimming pool |
|
Eirian main pasir dgn gembiranye |
|
Koh Adang |
Selepas itu kami ke Koh Adang. Dalam bahasa Thailand "Koh" bermaksud "Pulau", sebab tu segala pulau nama dia akan bermula dengan Koh. Di Koh Adang, kami snorkeling. Semasa Luffy dan hubby snorkeling aku sunbathing sekejap. Memang Best sangat. Aktiviti island hoping habis jam 3.30 petang dan kami gerak balik ke tempat penginapan. On the way balik, sempat singgah beli popia. Selepas mandi dan rehat sekejap, kami pergi ke "Sunset Beach". Perjalanan nya tak jauh sangat dalam 10 minit jalan kaki aku rasa, tapi kami naik tut tut free yang di sediakan di "The Noi". Sunset di Thailand adalah pada jam 6.30 petang, lebih kurang sama masa di Malaysia. Masa kat pantai tu memang ramai lepak di pantai tu nak tunggu sunset. Pemandangan nya memang menakjubkan, dan memang best dapat tengok matahari hilang di garisan laut. Lepas tu tengok mega merah, memang cantik :) aku tak mandi masa kat Sunset Beach tu tapi anak-anak dan hubby berendam, so lepas tu kenalah balik tempat penginapan mandi dulu sebelum dinner.
|
Sunset Beach
|
Malam tu kami makan di satu restoran yang menyediakan seafood buffet. Memang semua seafood je ada di situ, so no worries for muslim. Lepas tu dia ada sediakan seafood barbeque, ambil lah banyak manapun. Tapi tak semua seafood free, ada ketam besar, lobster kena bayar ye. Harga untuk orang dewasa ialah 490 baht dan kanak-kanak 250 baht. Bagi aku tak berbaloi sangat, aku prefer makan mcm semalam kat restoran. Makanan dia so-so jer.
Since malam tu malam yang terakhir, kami jalan-jalan sepanjang Walking Street tengok-tengok souvenier untuk di bawa balik. Esok pagi nya, kami sarapan dulu di "The Noi" sebelum pergi ke "Sunrise Beach". Kami kena checkout pukul 12 tgh, so pukul 10.30pagi dah mesti ada balik bilik untuk siap sedia nak balik. "Sunrise Beach" pun cantik juga..:) Memang sapa2 yang suka main laut, memang rekomen pergi tempat nie, memang akan terpegun dengan keindahan ciptaan Allah nie. Tak percaya tengok gambar-gambar nie. Kami pun rasa macam kalau ada rezeki InsyaAllah nak datang lagi ke kesini, sebab memang tak susah dan tak jauh sangat.
|
Breakfast sebelum ke Sunrise Beach |