Dah 2-3 minggu Luffy ajak pergi KL naik ETS dari Georgetown. Perjalanan mengambil masa 4 jam. Di sebabkan cuti yang pendek iaitu hari sabtu dan ahad saja, aku dan hubby keberatan nak pergi. Bukan apa, nanti tak puas bercuti dan yang paling tentu dapat cuma kepenatan. Jadi malam tadi hubby sibuk mencari maklumat browsing internet pasal tempat2 yang kami boleh pergi minggu nie. Yang paling penting tempat tu tak payah tinggal smlm supaya kami ada sehari untuk berehat. Aku dah bagi warning awal2.. no cameron highland please. Bukan apa, rasa mcm baru beberapa bulan hari tu dah pergi..biarlah pergi tempat baru. Jadi hubby kasi cadangan padang besar atau Tambun Lost World. Setelah tolak tambah timbang semua kami buat keputusan pergi Lost World Tambun. Pagi-pagi bangun punya nasib tak baik, takde air kat rumah. Ehm, kami pergi ke rumah bandar kassia untuk tumpang mandi. MasyaAllah rumah dah jadi mcm hutan rimba.. maklumlah dah 8 bulan tak jenguk.. mujur air dan api masih ada..setelah bersiap-sedia kami pun bertolak dalam pukul 12 tengahari.
Perjalanan mengambil masa 1 jam dari bandar kassia ke Ipoh. Dah sampai Ipoh, hubby ajak makan dimsum kegemarannya, greentown dimsum. Dimsum ni ada sijil halal jakim so tiada syak wasangka. Setiap kali aku pergi memang ramai muslim yang makan. Rasanya pun not bad.. kali ni aku makan chee chong fun yang sedap.. maybe sebab dah lama tak makan kot rasa special plak kali ini. Tapi
mmg sedap dan rekomen restoran ini.
Dah habis makan kami gerak. Dalam pukul 3 petang kami sampai di Tambun Lost World. Kami plan tak nak mandi cuma nak melawat dan tengok apa2 yang menarik. Tiket agak mahal kalau beli di kaunter, so kalau beli online murah lagi. For example adult rm60, kalau online rm54 (lepas gst). Kanak2 pun agak mahal.. RM55. Kalau rendah dari 90cm foc. Eirian paras 90cm so foc, tapi next time kena bayar lah nampaknyer.
Hutan dalam rumah
Perjalanan mengambil masa 1 jam dari bandar kassia ke Ipoh. Dah sampai Ipoh, hubby ajak makan dimsum kegemarannya, greentown dimsum. Dimsum ni ada sijil halal jakim so tiada syak wasangka. Setiap kali aku pergi memang ramai muslim yang makan. Rasanya pun not bad.. kali ni aku makan chee chong fun yang sedap.. maybe sebab dah lama tak makan kot rasa special plak kali ini. Tapi
mmg sedap dan rekomen restoran ini.
Inilah restoran tu dari luar.
Terletak di persiaran Greentown
Chee Cheong Fun. Seriously sedap :)
Yahoo... dah sampai
Seperti biasa, budak kecil ni nak lepas.
OTW nak tengok Tiger Show, dia nak pergi tmpt lain.
Ada dua ekor harimau dalam Tiger Valley nie
Cuaca masa kami masuk agak mendung dan menurut ramalan cuaca hujan akan turun dalam pukul 4 petang macam tu. Kami selalu rujuk di AccuWeather untuk ramalan cuaca sebelum berjalan dan selalunya ramalannya agak tepat. Selepas habis menonton pertunjukan "Tiger Show" dalam pukul 4.30 petang hujan turun dengan lebatnya. Kami cepat2 berlari ke pondok menunggu keretapi. Dapat juga Luffy menaiki keretapi walaupun tak jauh. Agak dalam masa 15 minit hujan pun berhenti, dan keretapi pun memulakan perjalanan. Aku dah banyak kali juga datang ke Tambun Lost World, rasanya dah 4 kali, tapi sebelum ini sibuk main air jer. So yang ni first time naik keretapi di Tambun Lost World ni. Agak menarik juga dia bawa sampai ke hujung kawasan sekitarnya dan barulah aku tau banyak juga tarikan di sini. Antaranya kawasan mendulang tu. Aku tertarik dengan lanksap hiasan kawasan itu, sangat hijau dan menenangkan. Masa aku bersantai di situ dalam pukul 6 petang jadi di sebabkan kurang pengunjung masa tu, jadi rasa tenang dan sangat damai. Cuaca pun sejuk sebab baru lepas hujan.
Selepas itu kami pergi melawat Petting Zoo. Memang menarik, cuma yang tak bestnya kawasan burung dah di tutup selepas pukul 6.00 petang. Burung tidur awal kata pekerja-pekerja di situ. Ada banyak sangat ular sawa dan semuanya besar-besar belaka. Kalah Zoo. Anaconda pun ada, tapi dari spesies yang kecil. Ada tapir, rusa dan anak buaya. Teringat cerita Lake Placid bila tengok anak-anak buaya yang kecil2 tu. Kalau diaorang-diaorang ni dah besar, mana diaoarang nak campak, adakah di tasik tempat orang naik itik kayuh tu.. Sangat menakutkan. Ada lagi satu tarikan yang sedang dalam pembinaan, Tarantula Kingdom... Nampak menarik dan menyeramkan. Kitaorang meluangkan masa dalam 1 jam di kawasan itu. Taulah budak-budak kan suka animal yang comel-comel gitu. Sebenarnya ada lagi beberapa aktiviti waktu malam di Petting Zoo tapi kami tak stay dan pergi tengok tarikan di tempat lain.
Ada dance show dan Fire Show waktu malam. Dance Show tu biasa-biasa jer. Aku rasa aku pun boleh menari kalau setakat macam tu jer.... hehehe. Tapi Fire Show tu menarik dan MC dia yang hebat. Lepas habis Fire Show dalam jam 8.30 malam kami pun bergerak keluar. Tapi macam biasalah nak keluar tu singgah kat souvenier shop dia kejap tengok-tengok apa-apa yang menarik.
Sempat juga posing depan tasik ni
Reban ayam, teringat masa kecil arwah opah bela ayam di kampung.
Macam2 ular ada di sini. Yang sebelah kanan tu anaconda.
Cantik sangat pool nie. Rugi tak mandi.
Ada dance show dan Fire Show waktu malam. Dance Show tu biasa-biasa jer. Aku rasa aku pun boleh menari kalau setakat macam tu jer.... hehehe. Tapi Fire Show tu menarik dan MC dia yang hebat. Lepas habis Fire Show dalam jam 8.30 malam kami pun bergerak keluar. Tapi macam biasalah nak keluar tu singgah kat souvenier shop dia kejap tengok-tengok apa-apa yang menarik.
Pertunjukan yang menarik dan MC yang awesome.
Suasana waktu malam di sini. Rugi tak dapat berendam dalam hot tub
Sebelum balik kami singgah di Sungai Siput nak merasa Lobster yang terkenal tu, Woop2Lobster. Hubby dah banyak kali bercerita pasal tempat ini, tapi tak pernah ada kesempatan nak sampai di sini. Sebelum pergi kami singgah di rumah abang aku di Klebang Putra, ajak dia makan malam bersama.
Agak lewat sebenarnya, tapi tak apalah sekali-sekala. Kami tiba di restoran tu jam 10.00 malam. Cari juga signboard kat kedai Woop2lobster tapi tak ada. Rupa-rupanya kedai ni dalam MH cafe yang berhadapan MH Hotel dan bertentangan dengan Pizza hut. Memula tu ingat kalau tak jumpa makan Pizza Hut jer kot malam tu tapi nasib baik jumpa. Woop2Lobster beroperasi sekali bersama dengan MH Cafe jadi kalau tak nak makan lobster boleh makan Western atau goreng2 kat situ juga. Harga agak berpatutan juga. Pasal lobster tu boleh tahan juga lah rasanya tapi nak kata sedap sangat tak lah. Kalau suruh aku pilih, ketam nipah lagi sedap kot. Tapi oklah kalau nak cuba. Mungkin sebab lobster nyer besar kot buatkan rasanya tak berapa manis kot atau lobsternya tak fresh. Tapi rekomen untuk try, sebab kalau nak makan lobster tu memang mahal, so kat sini murah jer so memang patut try :D
Memang besar lobsternya..
No comments:
Post a Comment