Day3
Mengikut plan aku hari ni patut pergi Koala Lone Pine, tapi setelah browse internet dan meninjau pendapat orang ramai, better pergi theme park hari weekdays, sebab weekend selalunya ramai orang, dan kena bersesak-sesak. Jadi sebab itu aku tukar plan, hari ni jumaat, so kami pergi ke MovieWorld. Pagi-pagi lagi aku dah masak, senang makan siap-siap dari apartment. Nanti kat sana tak lapar sangat dan cuma beli snack untuk alas perut. Makanan di luar, pastinya tak di benarkan masuk.. mana-mana theme park memang macam tu lah regulationnyer.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit dari Apartment. Kami sampai dalam pukul 11 pagi. Taman tema ini di buka dari pukul 10 pagi hingga 5 petang. Taman tema ini bersebelahan dengan Wet'nWild Water theme park. Combo tiket yang aku beli memang include SeaWorld, MovieWorld dan Wer'nWild Water theme park. Tapi aku tak berminat sangat nak pergi main air kat sini, kat Mesia pun berlambak taman tema air, tambahan pula panas2 nie. Tiket tak payah beli dah, tunjuk saja tiket printout yang di buat masa kat SeaWorld tu.
Bergambar di pintu masuk.
Sampai2, cuaca terik terus cari topi untuk Luffy. Semalam dah beli topi untuk Eirian. Panas dia berlainan dari Malaysia, ini merupakan kali pertama aku merasa summer di oversea, memang panas dan terik. Beli topi Batman kat Luffy, harga standard AUD$15, semalam kat Seaworld pun sama. Show yang pertama di tengok adalah Looney Tunes 4D, cerita pasal Coyote dan Road Runner. Dulu kecil2 selalu tengok kartun ni kat TV sekarang dah takder dah. Lepas tu ada show Looney tunes Dance Party, Hollywood Stunt Driver dan All Star Parade. Memang fun..
Lepas tu pusing-pusing sekitar tempat tu. Kasi budak2 naik a few rides, aku pun sempat jugak naik rides, menumpang sama anak. Sini aku letakkan gambar-gambar yang di ambil.
Bergambar dengan bug bunny
Naik Ride Yosemite Sam RailRoad
Hollywood Stunt Rider Show
Luffy dengan Batman
Luffy banyak ambil gambar dengan karakter. Tapi ada satu cerita lawak, masa dia nak ambil gambar dengan The Joker, dia lupa dia pakai topi Batman. Sekali Joker marah,"Boy, who is on your hat?" dengan cekak pingang, terus Luffy takut tak berani ambil gambar.. hahaha.. Makanan memang agak susah di dalam Movie World. Aku beli Kurtos Spirall untuk alas perut budak-budak tu. Mak aku agak susah sikit nak makan di restaurant walaupun kami order seafood. Kalau restorant tu ada serve benda haram tu, memang dia tak mau masuk punya. Selepas habis All Star Parade, kami balik.
Ikut plan, lepas nie pergi Harbour town shopping complex yang terletak kira-kira 20 minit jarak memandu dari apartment kami. Sepatutnya ada Nandos Halal kat shoppin complex nie, tapi dah tutup. Ada di gantikan dengan kedai ala-ala Nandos dan mujurlah halal. Kami pun singgah makan dulu. Aku memang tak pandai order, punyalah banyak ayam yang aku order, last-last pack bawak blk. Ok jugak esok tak payah risau nak masak apa, ayam sudah ada. Kedai-kedai kat sini tutup awal, masa aku sampai pukul 5, dah siap2 nak tutup. Tak sempat aku nak tengok-tengok untuk shopping. Kat sini ramai Asian suka datang sebab ada pasaraya untuk Asian grocery, so nak cari benda2 Asian memang banyak di jual di sini. Pasaraya Woolsworth pun ada, so kami singgah sekejap, beli barang-barang keperluan. Kat sini pun ada satu pasar yang jual sayur dan buah-buaan murah. Cherry dia 1 kilo cuma AUD$6 jer, kalau convert RM18.. murah sungguh. Dan sayur-sayuran dia sangat fresh dan murah... Best sungguh kalau kualiti sayur tempat kita macam ini.
yummy cherry
Day4
Kalau pergi Australia, kewajipan mesti nak tengok Koala dan Kangaroo. Ada 3 parks boleh tengok binatang-binatang nie; Currumbin Wildlife Santuary, Paradise Country dan Lone Pine Koala Santuary. Refer kat trip advisor, semua orang kasi good comment tentang Koala Lone Pine Santuary compared to Currumbin Sanctuary, so aku buat pilihan untuk pergi ke sini. Perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit, dan jalan nya ada tol. Nak bayar tol lebuhraya kat sini agak susah sikit sebab dia tak ada tol booth. Kita kena register kereta dan isikan maklumat kredit card number dan dia akan charge direct ke kredit card. Kalau takder credit card, boleh bayar di 7/11 shop mcm tu, tapi within 3 days kena settle. Lagi satu masalah si Eirian yang tak mahu duduk dalam baby car seat. Sepanjang perjalanan lah di breastfeeding, memang stressful betul aku. Ikut plan nak pergi Brisbane, tapi sebabkan susah sangat dengan si kecik nie, terpaksa batalkan niat. Nie lah gambar-gambar yang di ambil semasa di Lone Pine Koala Santuary.
Mula-mula ingat nak ambil gambar dengan Koala juga, tapi aku tak tahan bau dia, tersangatlah busuknya. Aku pun tak paham ada orang ambil gambar peluk Koala, memang comel, tapi busuk daa...
Day5
Hari ke-5 nie kami bersiar-siar di sekita Surfers Paradise. Kami cuma berjalan kaki saja hari nie memandangkan Apartment kami memang berdekatan dengan Tourist Attraction spot. Ikut plan, kami sepatutnya pergi Sky Observation Deck..tapi kami tak jumpa jalan masuk. Actually dekat saja tapi dah penat pusing-pusing kami tak pergi pun. Kami berjalan kaki, menikmati sausana bandar Surfer Paradise, tengok orang main laut, surfing.. bestnya. Rugi plak rasa tak join.
Lepas tu kami pergi ke Ripley's Believe it or not gallery. Aku dapat tiket separuh harga, sebab beli melalu groupon. Banyak benda-benda menarik dan pelik di dalam, tapi mak dan Luffy macam tak selesa di dalam, jadi kami duduk dalam tu tak lama. Apa tak nyer, sedang kami leka melihat artifak-artifak, aku sedang berdiri di sebelah statue manusia yang paling tinggi di dunia. Tiba-tiba statue tu berdiri, terkejut badak mak aku dan Luffy. Terus diaorg ada perasaan gemuruh. Dan selain daripada itu banyak artifak-artifak lain yang boleh bergerak kalau di trigger, so memang kena berhati-hati kalau tak nak terkejut. Kalau ibu mengandung tu di nasihatkan tak payah masuklah.
Nie statue the tallest man, tadi duduk, tiba2 berdiri.
Tempat nie terletak berdekatan the Shopping Complex The Cavill, memang besar shopping Mall nie. Datang kat Gold Coast kena try Kebab. Memang banyak kedai-kedai Kebab kat sini yang di buka oleh pak-pak Arab, tulen halal atau tidak, aku tak pasti. Ramai suggest try Theo Kebab, so kat The Cavill nie memang ada satu berdekatan dengan Ripley's Believe it Or Not. Satu Kebab harga macam Malaysia gak, $AUD9.8, bile convert satu RM30 tu.. aku beli 3 Kebab, harga RM90.. jangan convert. Kami singgah di Souvenier Shop untuk beli barang-barang buah tangan untuk di bawa balik ke Malaysia. Agak mahal juga, kesian dekat mak aku, ramai kaum kerabat, tak beli nanti takut orang terasa. Lepas tu kami pergi jalan-jalan di Night Market depan The Cavill tu. Night Market mereka berlainan dari Night Market kita. Kalau kita kebanyakannya jual makanan, tapi mereka menjual produk kraftangan.
Selepas habis tu, Luffy nak balik naik keretapi. Dia nie memang peminat public transport; bus, keretapi, kapal dan kapalterbang. Walhalnya satu stesen jer pun. Tapi orang kata nak merasa, naik jugak lah.
Tapi yang bagus ya keretapi nie, takder check dah bayar ke atau tidak, it's all based on trust. Tapi dont get caught!! Kalau penduduk sana memang ada card, so lepas guna just scan the card masa nak keluar. Macam kami ni cuma beli tiket dan naik. Kalau kami tak beli pun takder orang check.
Malam tu kami peri Pacific Fair Shopping Mall, tapi malangnya jam pukul 8 malam, semua dah tutup. Mall disitu, hari Sabtu Ahad, jam 8 malam dah tutup.
Ok, sambung lagi Entry3# ya..