Tuesday, December 22, 2015

Gold Coast Travel 25 Nov - 2 Dec 2015 (2nd)

Nie second entry untuk percutian di Gold Coast.

Day3
Mengikut plan aku hari ni patut pergi Koala Lone Pine, tapi setelah browse internet dan meninjau pendapat orang ramai, better pergi theme park hari weekdays, sebab weekend selalunya ramai orang, dan kena bersesak-sesak. Jadi sebab itu aku tukar plan, hari ni jumaat, so kami pergi ke MovieWorld. Pagi-pagi lagi aku dah masak, senang makan siap-siap dari apartment. Nanti kat sana tak lapar sangat dan cuma beli snack untuk alas perut. Makanan di luar, pastinya tak di benarkan masuk.. mana-mana theme park memang macam tu lah regulationnyer.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit dari Apartment. Kami sampai dalam pukul 11 pagi. Taman tema ini di buka dari pukul 10 pagi hingga 5 petang. Taman tema ini bersebelahan dengan Wet'nWild Water theme park. Combo tiket yang aku beli memang include SeaWorld, MovieWorld dan Wer'nWild Water theme park. Tapi aku tak berminat sangat nak pergi main air kat sini, kat Mesia pun berlambak taman tema air, tambahan pula panas2 nie. Tiket tak payah beli dah, tunjuk saja tiket printout yang di buat masa kat SeaWorld tu.
Bergambar di pintu masuk.

Sampai2, cuaca terik terus cari topi untuk Luffy. Semalam dah beli topi untuk Eirian. Panas dia berlainan dari Malaysia, ini merupakan kali pertama aku merasa summer di oversea, memang panas dan terik. Beli topi Batman kat Luffy, harga standard AUD$15, semalam kat Seaworld pun sama. Show yang pertama di tengok adalah Looney Tunes 4D, cerita pasal Coyote dan Road Runner. Dulu kecil2 selalu tengok kartun ni kat TV sekarang dah takder dah. Lepas tu ada show Looney tunes Dance Party, Hollywood Stunt Driver dan All Star Parade. Memang fun..
Lepas tu pusing-pusing sekitar tempat tu. Kasi budak2 naik a few rides, aku pun sempat jugak naik rides, menumpang sama anak. Sini aku letakkan gambar-gambar yang di ambil.

 Bergambar dengan bug bunny

Naik Ride Yosemite Sam RailRoad

Hollywood Stunt Rider Show

Luffy dengan Batman

Luffy banyak ambil gambar dengan karakter. Tapi ada satu cerita lawak, masa dia nak ambil gambar dengan The Joker, dia lupa dia pakai topi Batman. Sekali Joker marah,"Boy, who is on your hat?" dengan cekak pingang, terus Luffy takut tak berani ambil gambar.. hahaha.. Makanan memang agak susah di dalam Movie World. Aku beli Kurtos Spirall untuk alas perut budak-budak tu. Mak aku agak susah sikit nak makan di restaurant walaupun kami order seafood. Kalau restorant tu ada serve benda haram tu, memang dia tak mau masuk punya. Selepas habis All Star Parade, kami balik.

Ikut plan, lepas nie pergi Harbour town shopping complex yang terletak kira-kira 20 minit jarak memandu dari apartment kami. Sepatutnya ada Nandos Halal kat shoppin complex nie, tapi dah tutup. Ada di gantikan dengan kedai ala-ala Nandos dan mujurlah halal. Kami pun singgah makan dulu. Aku memang tak pandai order, punyalah banyak ayam yang aku order, last-last pack bawak blk. Ok jugak esok tak payah risau nak masak apa, ayam sudah ada. Kedai-kedai kat sini tutup awal, masa aku sampai pukul 5, dah siap2 nak tutup. Tak sempat aku nak tengok-tengok untuk shopping. Kat sini ramai Asian suka datang sebab ada pasaraya untuk Asian grocery, so nak cari benda2 Asian memang banyak di jual di sini. Pasaraya Woolsworth pun ada, so kami singgah sekejap, beli barang-barang keperluan. Kat sini pun ada satu pasar yang jual sayur dan buah-buaan murah. Cherry dia 1 kilo cuma AUD$6 jer, kalau convert RM18.. murah sungguh. Dan sayur-sayuran dia sangat fresh dan murah... Best sungguh kalau kualiti sayur tempat kita macam ini.

yummy cherry

Day4
Kalau pergi Australia, kewajipan mesti nak tengok Koala dan Kangaroo. Ada 3 parks boleh tengok binatang-binatang nie; Currumbin Wildlife Santuary, Paradise Country dan Lone Pine Koala Santuary. Refer kat trip advisor, semua orang kasi good comment tentang Koala Lone Pine Santuary compared to Currumbin Sanctuary, so aku buat pilihan untuk pergi ke sini. Perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit, dan jalan nya ada tol. Nak bayar tol lebuhraya kat sini agak susah sikit sebab dia tak ada tol booth. Kita kena register kereta dan isikan maklumat kredit card number dan dia akan charge direct ke kredit card. Kalau takder credit card, boleh bayar di 7/11 shop mcm tu, tapi within 3 days kena settle. Lagi satu masalah si Eirian yang tak mahu duduk dalam baby car seat. Sepanjang perjalanan lah di breastfeeding, memang stressful betul aku. Ikut plan nak pergi Brisbane, tapi sebabkan susah sangat dengan si kecik nie, terpaksa batalkan niat. Nie lah gambar-gambar yang di ambil semasa di  Lone Pine Koala Santuary.







Mula-mula ingat nak ambil gambar dengan Koala juga, tapi aku tak tahan bau dia, tersangatlah busuknya. Aku pun tak paham ada orang ambil gambar peluk Koala, memang comel, tapi busuk daa...

Day5
Hari ke-5 nie kami bersiar-siar di sekita Surfers Paradise. Kami cuma berjalan kaki saja hari nie memandangkan Apartment kami memang berdekatan dengan Tourist Attraction spot. Ikut plan, kami sepatutnya pergi Sky Observation Deck..tapi kami tak jumpa jalan masuk. Actually dekat saja tapi dah penat pusing-pusing kami tak pergi pun. Kami berjalan kaki, menikmati sausana bandar Surfer Paradise, tengok orang main laut, surfing.. bestnya. Rugi plak rasa tak join. 






Lepas tu kami pergi ke Ripley's Believe it or not gallery. Aku dapat tiket separuh harga, sebab beli melalu groupon. Banyak benda-benda menarik dan pelik di dalam, tapi mak dan Luffy macam tak selesa di dalam, jadi kami duduk dalam tu tak lama. Apa tak nyer, sedang kami leka melihat artifak-artifak, aku sedang berdiri di sebelah statue manusia yang paling tinggi di dunia. Tiba-tiba statue tu berdiri, terkejut badak mak aku dan Luffy. Terus diaorg ada perasaan gemuruh. Dan selain daripada itu banyak artifak-artifak lain yang boleh bergerak kalau di trigger, so memang kena berhati-hati kalau tak nak terkejut. Kalau ibu mengandung tu di nasihatkan tak payah masuklah.

Nie statue the tallest man, tadi duduk, tiba2 berdiri. 

Tempat nie terletak berdekatan the Shopping Complex The Cavill, memang besar shopping Mall nie. Datang kat Gold Coast kena try Kebab. Memang banyak kedai-kedai Kebab kat sini yang di buka oleh pak-pak Arab, tulen halal atau tidak, aku tak pasti. Ramai suggest try Theo Kebab, so kat The Cavill nie memang ada satu berdekatan dengan Ripley's Believe it Or Not. Satu Kebab harga macam Malaysia gak, $AUD9.8, bile convert satu RM30 tu.. aku beli 3 Kebab, harga RM90.. jangan convert. Kami singgah di Souvenier Shop untuk beli barang-barang buah tangan untuk di bawa balik ke Malaysia. Agak mahal juga, kesian dekat mak aku, ramai kaum kerabat, tak beli nanti takut orang terasa. Lepas tu kami pergi jalan-jalan di Night Market depan The Cavill tu. Night Market mereka berlainan dari Night Market kita. Kalau kita kebanyakannya jual makanan, tapi mereka menjual produk kraftangan.


Selepas habis tu, Luffy nak balik naik keretapi. Dia nie memang peminat public transport; bus, keretapi, kapal dan kapalterbang. Walhalnya satu stesen jer pun. Tapi orang kata nak merasa, naik jugak lah.



Tapi yang bagus ya keretapi nie, takder check dah bayar ke atau tidak, it's all based on trust. Tapi dont get caught!! Kalau penduduk sana memang ada card, so lepas guna just scan the card masa nak keluar. Macam kami ni cuma beli tiket dan naik. Kalau kami tak beli pun takder orang check.

Malam tu kami peri Pacific Fair Shopping Mall, tapi malangnya jam pukul 8 malam, semua dah tutup. Mall disitu, hari Sabtu Ahad, jam 8 malam dah tutup. 

Ok, sambung lagi Entry3# ya..





   

Saturday, December 19, 2015

Chicken curry with noxxa cooker

This cooker is very famous among housewives. It claimed it can speed up cooking process and very helpful for the working mum like me. My ex-schoolmate group has been talking a lot of this cooker and they managed to influence me to buy it. My husband never agree, he claimed the cooker will have same fate as my breadmaker, which has been idling sitting inside the box for quite some time. Secretly I bought that, through installment plan though. I dont want to make it so obvious so, after 3 month I would get that cooker after our disagreement. That should be fine, I guess 😆. So the three months has passed, and I got the 'noxxa pressure cooker'now. Actually I received that 2 weeks ago, I wasn't have opportunity to try. So this saturday, I am quite free and it perfect time to try this new cooker.

So I would cook curry chicken. First and foremost, I have to do some procedure before using the cooker. I share the procedure in the picture below. I was a bit worried when there was quite loud sound and lots of steam came out. Luckily no explosion, fire and everything turn out well. Just want to share the chicken curry recipe. It taste good, look at the picture. This recipe shall be good for 4 ppl serving.

Ingridients
(Stir fry)
5 tbsp vegetable oil
2 cloves chopped small onion
2 pc chopped garlic
3 cm chopped ginger
Curry leaves
10 cm cinnamon stick
2 star anise (bunga lawang)
4 cardamom (buah pelaga)
1 pack curry powder ( I use Babas
(High pressure)
1 cup of chicken broth
1/2 kg chicken
2 chopped potato
1 cup of Coconut milk (santan)
2 tsp coconut paste (kerisik)
Asam keping (not sure what they called in English)

Procedure
1) Set to stir-fry and put the oil. Wait 1 minute before put the onion, garlic, ginger, curry leaves and all the herbs. Stir and wait you can smell the curry aroma
2) Put the curry paste. I normally will prepare the curry paste with water. Wait until you can see the curry paste and the ingridient well blend.
3) Insert the chicken broth, potato and chicken. Stir fo a while
4) Insert the coconut milk ,coconut paste and asam keping. Put some salt for the taste.
5) Off the stir-fry function. Change to high pressure for 10 minutes. Dont forget to turn the setting to pressure. After the beep sound, change to steam mode.

That's all..

Saturday, December 12, 2015

Gold Coast Travel 25 Nov - 2 Dec 2015 (1st)

Alhamdullilah, aku dan keluarga dah selamat pergi dan pulang dari percutian kami ke Gold Coast, Australia. Ini merupakan kali pertama percutian luar negara untuk Eirian. Sebelum aku terlupa, lebih baik aku cepat2 buat blog entry pasal trip ke sana. Takut kalau-kalau terlupa macam percutian-percutian aku yang lepas-lepas.

Day1 Trip
Kami mengambil earliest flight from Penang to KL iaitu pada pukul 7.10 pagi. Alhamdullilah, flight tak delay dan sampai on time. Tapi masalah nya, aku beli tiket yang bukan connecting, gara2 tak mahu tidur kat airport, so memang rushing nak kena tunggu beg dan check in balik. Dah lah KLIA2 besar, dan kami sesat mula2 tu. Tuhan saja yang tahu bagaimana rushing nya kami. So lesson learn, kalau ada connecting flight at least 4 hours. (I never learned, experience this before during my trip to Clarks, Philiphines before). Baggage drop counter tutup 1 hour before departure, so just cukup2 on time saja sebelum gate closed, kalau tak bye-bye.. pergilah ke gold coast dengan tak berbaju. Dah selesai dengan drop luggage, rushing pulak ke balai berlepas untuk international flight. Eirian pulak tak nak di pegang dan nak jalan sendiri. Lepas tu suka-suka singgah kat mana-mana location.. memang stress sungguh, kesian nye dekat mak aku. Baju aku basah sebab berpeluh-peluh kepenatan. Berjaya jugak sampai ke Gate berlepas, dan tak lama kemudian, kami berlepas on-time.

Dah ready for boarding


Perjalanan mengambil masa 8 jam, dan beza masa antara Malaysia dan Australia masa tu adalah 2 jam awal. Aku buat tempahan pre-booked meal untuk 2X. Diaorg served meal lambat disebabkan nak lepas turbulance, lepas 2 jam terbang, baru served meal. Dan punyalah lambat.. aku rasa dah masuk 3 jam, baru dapat meal kami. Luffy memang bising lapar, lapar.. 2nd Meal tu dia served tak lama lepas tu, 2 hours before arrival. Tapi masa tu kami masih kenyang, so kami decide nak simpan meal tu untuk dinner nanti. So tak payahlah susah cari makan dah sampai nanti. Tapi nak buat cerita, immigration Australia sangat ketat, jadi makanan yang di bawa kena declare. Diaorg tak benarkan any meat, milk, telur di bawa masuk ke sana. So semua barang2 tu kena buang. Kalau tau, kami akan makan sebelum tiba. Barang2 kering macam maggi, sambal2 pack dibenarkan. Apabila dah lepas custom check, kami mencari kereta sewa. Aku dah buat online booking kat redspot, so pergi saja kaunter dia untuk ambil kereta. Sewa kereta dia tak mahal, tapi sebab kami beli insurance terasa sangatlah mahalnyer. Iyerlah, kalau ada scratch bigger than 20cent coins akan kena charge about USD$3K, tak takut ke? last-last beli jugak lah insurance. So car rental + Baby Car Seat + insurance = AUD$ 504.32 ~ RM1500..
Inilah kenderaan kami semasa di GoldCoast.


Dah sampai kereta, mesti nak kena tau, camner jalan nak ke Hotel. Itu pun kitaorang sangkut. Kami beli Sim Card Optus dari 1 kedai dalam airport. Menurut sales lady tu senang ajer, masukkan sim card dalam phone dan boleh guna terus. Sim Card tu berharga AUS$40, dan ada data plan 4G. Tapi malangnyer, tak dapat guna. Aku rasa kena ada network untuk aktifkan plan tu dulu, so camner nak cari wifi untuk aktivate SimCard tu. Stress juga mula-mula tu. Mujurlah aku ada print google map, macamana nak pergi dari Airport nak ke Hotel. Berpandukan map tu, kami dapat sampai ke Warringa Surf, BroadBeach, Surfers Paradise. Alhamdullilah, hari pertama berjaya dilalui. Kami sampai jam pukul 10.30 malam. Mujur aku ada bawa Maggi, jadi malam tu makan Maggi saja kami. Sedih mengenangkan makanan yang kena buang di Airport tadi.

 Sinilah kami stay.


Day2 Trip
Kami bangun tidur awal di GoldCoast. Apa tidaknyer, pukul 6 pagi dah terang benderang, macam pukul 10 pagi di sini. Matahari terik dan panas. Husband dari pagi cuba aktifkan, Alhamdullilah dia dapat call operator yang bertugas dan dengan bantuan operator tu husband berjaya mengaktifkan data plan. Yahoo, dapatlah kami bergerak kesana-kemari. Mengikut plan aku, hari ni kami patut pergi SeaWorld. Seaworld terletak tidak jauh dari Broadbeach, dalam 15 minit menaiki kereta. Aku dah beli online tiket sebelum datang dan harganyer AUD$84 per/person untuk 3 theme park di Myfun,com ; Seaworld, MovieWorld and Wet& Wild. For kids below 3 years old are free. So pergi kaunter, tunjuk  printout, dia akan kasi tiket masuk dan dia akan ambil gambar kita dan print atas tiket tu.


Cuaca agak panas semasa kami di Seaworld. Mula2 show yang kami pergi tengok adalah Dolphin Show. Aku memang excited nak tengok Dolphin show. Sebelum nak pergi ke Dolphin show tu lalu dekat Dolphin village di mana, mereka melatih dan menjaga Dolphin di situ. MasyaAllah, comel-comelnya Dolphin tu. Terleka sebentar di kawasan itu. Kemudia bergerak ker Dolphin show arena. Tempat dan cuaca sangat baik. tapi.. persembahan nya not as what I expected. Mak aku memang kagum, sebab first time tengok. Rasa aku, show yang kat OceanPark tu lagi best, lagi canggih.


Jalan-jalan tengok binatang laut, jerung dia mmg besar dan menakutkan.. tapi rasa mcm takderlah besar sgt... nak tngk lagi besar, :D. Dan yang paling best dapat tengok polar bear. First time dapat tengok, memang best, tengok di berenang, main bola.. rupa2nya kat Singapore Zoo pun ada, cuma hari tu aku tak sempat masuk. Nie yang rasa nak pergi Singapore lagi sekali.

Comel sungguh :D

Kami lunch di dalam Seaworld. Sebelum nie aku google, memang ada halal restaurant di dalam nie. Lepas tu cari-cari tak jumpa. Aku pun tanya, one of the staff kat situ, menurut diaorg, dulu memang ada, tapi sekarang dah tutup. Maybe business tak bagus, so no choice, makan jerlah apa yang ada kat situ. Aku order Sotong Calimary dan fish fillet + potato chips, gambar seperti di bawah. Harga AUD$38, jangan di convertkan.. memanglah mahal. Mak tak lalu makan, kesian dia.. mujurlah kat situ ada orang Melayu, so dia pun jamah jugak lah fries tu.

 Masa tengah makan tu, ada show jetski show kat lake depan tu, so tengok jer. Show mmg menarik competition between Australia team dan US team. Pada masa  yg sama ada school trip from US. So mmg hebat jugak show tu.
Banyak.juga rides kat seaworld tu, tapi kami tak.masuk maklumlah dengan budak kecil memang leceh sikit. Pukul 3.30 mcm kami keluar.
Ikut plan aku, kami kena beli barang basah untuk memasak hari nie. So next destination Continential Halal Meat, location around 12 minutes drive from apartment yang aku stay tu. Tapi kedai ni di buka 7 pagi sampai 5 ptg jer dan ahad tutup. Ada 2x aku dtg dia tutup. So beli ayam, daging dan sosej untuk keperluan di sana. Jangan jadi.macam.aku.salah budget, end up berkali-kali kesana... tapi 2x kedai tutup. Mujurlah tak jauh sangat, boleh di maafkan.

Inilah kedainya, kecil jer pun

Kat kedai tu tak banyak choice untuk grocery item, so next destination adalah Via Roman shopping Mall. Beli beras, garam, gula, minyak masak, bawang dan sayur-sayuran. Harga macam kat Mesia juga, cuma dlm aud$. So kalau convertkan terasa jugak... 
Sampai apartment kami masak. Mujurlah bawa paste makanan Brahim..memudahkan kerja memasak dan confirm sedap. Malam cuma rehat di apartment menikmati udara pantai yang sangat segar...

Sambung cerita dalam next entry.