Aku rasa sikap kemalasan aku telah datang kembali menyerang ku dan aku mula payah untuk mengarangkan ide-ide bernas ku di dalam blog ku ini. Walau macamana pun akan ku pastikan “Persistant Effort” aku berikan..yee haa...
Ok, aku ingin bercerita tentang satu tempat makan yang aku dan kawan-kawan universiti selalu kunjungi sewaktu masa belajar dulu. Tempat ini di perkenalkan oleh salah satu kawan baik aku..tak lain tak bukan En. Rizal Effendi @Belon (Round Applause to him). Kami panggil tempat ini Roti Tampal, sebab makanan yang paling terkenal di sini ialah roti Tampal. Selain daripada itu ada juga terdapat roti-roti yang sewaktu dengannya seperti roti canai, roti bawang dan etc. Ehm… tak di lupakan jugak nasi lemak yang menjadi lumrah di jual di warung kedai2 Melayu. Kedai ini terletak di Batu Berendam, lebih kurang 15-20 minit perjalanan kereta dari kampus MMU.
Sudah hampir 3 tahun aku tak kunjunginya, tapi keadaan kedai itu sama saja. Masih macam masa zaman aku di Universiti, rumah pondok kecil sahaja dan ada wajah pekerja yang masih sama juga. Pakcik pemiliknya pun masih ada sibuk dengan order dan rotinya. Masa aku tiba, tak terlalu ramai pelanggan, tetapi sebentar kemudian, sudah penuh dan ramai orang menunggu di luar untuk mendapatkan tempat duduk. Berbagai-bagai bangsa dan golongan orang yang suka makan di situ. Mungkin pada masa itu hari cuti, kalau tidak aku pasti golongan manager dan businessman pun akan menunggu giliran mendapatkan tempat duduk.
Setelah 3 tahun, aku dapati rasa roti tampalnya tetap “BEST”, yum..yum... macam nak suruh pakcik tu buka franchais dekat Penang dan tempat-tempat yang lain. Memang sedap!!! Dan harga still murah, RM1.20 untuk satu roti tampal..So kalau berkesampatan ke Melaka, jangan lupa singgah ke Warung Roti Tampal, Batu Berendam, Melaka. Tak dilupakan juga aku berkesempatan berjumpa Atoi dan isterinya yang makan sama meja dengan kami...nampak nya dia pun mengimbas semula kenangan manis di Warung Roti Tampal juga.