Saturday, July 31, 2021
Escape to "Escape Adventure Land, Penang"
Husband drive ke arah Batu Feringhi, jadi aku suspect nak pergi ESCAPE park, tapi husband menafikan. Tapi memang betul pun..aku agak excited juga, sebab tak pernah sampai pun. Husband dah pernah pergi 3X, so far aku cuma view gambar dia jer. Kami sampai dalam pukul 10.30 pagi, breakfast dulu di McD dalam perjalanan tu. Masa sampai, parking penuh, ramai juga orang datang. Harga tiket aku pun tak pasti, tapi dlm website tunjuk dewasa RM83 dan kanak-kanak (4 - 12 tahun) RM55.
Tempat yang mula-mula kami pergi ialah Monkey school. Tempat ini untuk kanak membuat latihan sebelum mereka pergi ke tempat-tempat lain. Luffy mula-mula keberatan nak cuba, tapi bila dah beberapa pusingan buat, di lebih konfiden dan rasa seronok pula. Berbeza pula dengan anak kecil ku Eirian, menangis-nangis ketakutan sampai jam queue sebab budak lain pun tengah buat latihan di situ. Kebanyakan budak yang buat aktiviti tu mat salleh. Memang diaorg ni open minded, dari kecil pun anak dah di biarkan explore. Memang enjoy diaorang.Monkey school ni hanya untuk kanak-kanak saja yer, umur 12 tahun ke bawah. Lepas dah puas dengan warm up aktiviti, kami pergi ke Jumping Jack stesen, iaitu mini trampoline. Requirement dia stated utk orang yang berat 20kg ke 50kg. Kalau nak ikutkan aku layak, tapi aku tengok kat situ semua budak aje, so segan lah pulak. Dah tu yang jaga situ ada satu perempuan kerek, untuk budak-budak saja. Luffy tak dapat cuba sebab berat tak cukup 20kg. So kena skip permainan nie.
Lepas tu kami pergi buat aktiviti panjat pokok di "Go Ape" stesen. Kat sini aku yang nak cuba panjat, tapi masa panjat tu Eirian asyik menangis suruh aku turun. Tak boleh nak concentrate. Aku cuma dapat panjat separuh jalan jer. Lagipun aku tak suka memanjat kot, separuh jalan rasa macam takder semangat nak teruskan, so aku lepaskan jer. Selepas tu kami gerak ke stesen berikutnya iaitu "Flying Lemur". Yang nie aku suka sebab cuma meluncur jer, tak der banyak perah tenaga berbanding memanjat sebelum tu. Eirian macam biasa melalak menangis panggil aku. Lepas giliran aku, husband pulak pergi. Yerlah dah bayar mahal, patut cuba. Luffy tak boleh sebab requirement weight kena lebih dari 40kg.
Lamanya tak berblog
Ehm.. its been years dah tak berblog. Last entry was 2017. So many thing happened in these 5 years.. where do i begin?? so just to flash back apa yang dah berlaku aku dah bekerja di Intel, dah ada 3 orang anak. All boys, yes of course life is hectic. Luffy dah Form 1 dan Eirian dah darjah 1. Si kecil nama Ruhan pun dah 3 tahun. Sekarang nie all of Malaysian tengah melalui fasa "Perintah Kawalan Pergerakan" disebabkan penyebaran virus Covid 19 yang telah berkuatkuasa dari tahun lepas; 2020. Alhamdullilah, disebabkan Intel menjaga kebajikan pekerjanya, kami di sarankan bekerja dari rumah. The good thing i save a lot of my travelling time to work, but the bad side is too tiring since aku kena jaga anak2 aku yang 3 orang tu. Dikesempatan ini aku rasa patut menggunakan masa terluang untuk update blog aku yang dah berkulat nie. My interest of highlight would be my travelling time with my family. After all those are all good memories that I should keep so that it will be long lasting and my kid reference when they grow up.