Saturday, March 19, 2016

Luffy o Luffy....

Mlm semalam semasa di dalam kereta, Luffy asyik mengulang lagu yang sama sampai aku dah naik boring. Aku tegur dia, "asyik lagu yang sama, off the radio"..
Luffy menjawab, "Dengar lagu Shareka pun tak boleh??".. "huh??? Shareka??"... hahaha aku tngk balik lagu shakira. Camane boleh pergi Shareka. Teringat masa kecil2 Luffy selalu salah susun perkataan, contohnya

1) menjerit - merenjit
2) surat khabar - surat bakar
3) cokolat -kocolat
4) ketupat - keputat
5) pokok - kopok

Luffy.. luffy.. ni pulak gambar nak pergi toilet. Kalau berjalan, lepas makan sakit perut nak pergi toilet. Papa dia dah faham sangat. Kadang2 tak boleh tahan.tak mau tunggu balik rumah..kena lah cari toilet berhampiran..