Ehm..time2 puasa macam nie ader satu sifat kemalasan dalam diriku. Bukannya aku takder kerja di office tapi sebabkan ader sifat “malas” tu aku put aside my work temporarily and do this karangan untuk blog aku. Bila datang semangat rajin nya aku update blog, tapi bila time ader sifat kemalasan tu, berhabuk lah blog aku.
Tahun nie aku sambut Ramadan dengan gembira sekali. Apa taknya mak dan adik aku menyambut puasa kat rumah aku di Penang. Yee-ha..syoknyer. Diaorg stay kat rumah aku selama seminggu, dan sempat berpuasa 4 hari bersama2. Memang beban kerja rumah aku ringan bila diaorg ada tapi yang penting nya suasana masa berbuka tu meriah bila ramai. Aku balik jer dari kerja, makanan dan terhidang..macam2 plak diaorg masak. Argh best nyer!! Weekend tu family kakak sepupu aku plak dtg sambut puasa 2 hari dgn aku. The more the merrier!! Dan kemeriahan itu berakhir ahad lepas. Lepas tu back to the routine :).
Sekarang nie aku pergi kerja agak awal sedikit. Dapatlah aku parking dekat dgn ofis dan balik awal. Apa tak nyer, kalau lambat jalan jam. Hari Isnin tu aku try masak untuk berbuka, tapi tak sempat. Azan dah kedengaran tapi aku masih lagi mengoreng ayam. Kelam kabut buatnyer, jadi hari-hari seterusnya aku ambil jalan mudah… “masak lauk tunjuk” atau nama lain "beli jer". Bagus jugak aku buat mcm tu. Balik rumah aku dapat rest dan sempat gak melayan sinetron Indonesia “Cinta Kirana”. So far tak pernah berbuka di luar tahun nie, tapi hari nie aku rasa terliur lak nak makan kat Seoul Garden lepas dengar member2 cerita nak berbuka kat sana.Tngklah macamana.
Semenjak aku beranak kecil nie mmg susah nak buat amal-ibadat masa puasa nie. Kalau dulu ader gak pergi Terawih, tapi sekarang,,,memang tak ada pun. Balik kerja, nak uruskan hal rumah, nak spent masa dengan anak. Itulah routine harian, kadang2 boring jugak tapi itulah dia tanggungjawab sebagai seorang career woman, isteri dan ibu. Memang kalau ingatkan nak berhenti kerja dan jadi full time housewife, concentrate with family. But I don’t think I can cope with it. Aku rasa kalau aku jadi full time housewife, I’ll turn into someone miserable. Aku bukan kutuk other fulltime housewives, maybe they are good, but I’m not. Masa dlm confinement pun aku dah rasa terlalu boring. Apart from boring, aku rasa I’m not good full time child carer..kadang2 during weekends pun aku tensen dgn anak aku. Bayangkan lah everyday..urgh!!! silap2 aku boleh masuk paper jadi ibu dera anak. Bukan masalah dengan anak aku, tapi dengan aku sendiri…:). Sebab2 lain adalah duit dan satisfaction. Tak kerja takder duit… as easy as that. Memang duit bukan segalanya, tapi dengan duit kita boleh hidup selesa dan normal macam orang lain. Satisfaction?? Yeah memang one of the main reason…syok betul bila tngk result dari kerja aku. And I really hope I can be one of the good analog design engineer..Ameeeeen………
Bebel punyer bebel jam hamper pukul 5. Berjaya aku “kill time”. Kill time adalah membuat sesuatu berguna untuk kasi masa jalan. Ia berbeza dengan wasting time iaitu dengan membuat kerja yg “hampeh”. Aku nie dlm situasi nak buat decision samada nak berbuka kat luar atau tidak….urm…. seoul garden maybe I’ll come today.
3 comments:
Yep!! aku dapat gak berbuka di Seoul Garden. Tapi mcm tak best plak malam tadi. Maybe sebab aku puasa dan penat so tak dapat menikmati makanan sgt.
well.., nice catching up with your daily chores here, azizan! have a good days ahead ya.
Raz,
Thanks for visiting my blog. You too have a great day. Selamat Berpuasa and Selamat Hari Raya :)
Post a Comment